7 Cara Buat Website Ecommerce Terbaru

Mengejutkan, ramai dah tahu cara buat website Ecommerce paling terbaru. Berbanding 5 tahun dahulu, rata ratanya gunakan chatbot dan Whatsapp untuk buat jualan. Sekarang, Peningkatan usahawan buat jualan melalui Website Ecommerce ini adalah satu peluang yang baik. Malah,. ada diantara mereka dah dapat jualan 5-6 angka sebulan hanya dengan website sahaja.

Cara Buat Website Ecommerce
Diatas ini antara Hasil Jualan Web Ecommerce 6 Angka

Artikel ini akan berkongsi, cara buat website Ecommerce yang betul yang terbaru dan termudah untuk usahawan baru nak bermula dan sesuai untuk semua jenis bidang.

Cara Buat Website Ecommerce 1: Setup dengan Software Website Builder Drag n Drop

Ini website pertama saya masa baru mula mula nak belajar cara buat website Ecommerce dahulu. Sebab, hanya perlu download software sahaja. Kemudian dah boleh. Cuma kaedah ini, perlu gunakan ‘third party’ borang bayaran online seperti Onpay dan Ordersini. Masa ini, saya gunakan Onpay, sebagai medium untuk customer boleh buat pembayaran selepas baca website jualan. Website Jualan ini saya buat gunakan Software Mobirise. Anda boleh search di Google Mobirise.com

Cara Bina Website Ecommerce dengan Mobirise
Ni Platform Buat Website dengan Software Mobirise.

Specialnya Software ni drag n drop. Klik klik, drag dan terus adjust. Boleh siap dah. Nak setup pun tak perlu susah susah, cuma install je di desktop ataupun laptop anda, dah boleh dah buat website Ecommerce ini dengan mudah. Hanya Drag n Drop jer! Dan boleh buat website ini walaupun anda belum beli hosting dan domain. Buat dulu baru beli pun boleh! Ni lah permulaan kalau anda nak tahu cara buat website Ecommerce dengan mudah.

Kelemahan: Kena langgan pakej Onpay jika nak jadikan web ini ada fungsi yang customer boleh buat pembayaran. Selain itu, Selepas anda design drag and drop, website masih offline. Jadi, untuk jadikan website anda online, dan boleh di akses oleh customer anda, anda perlu langgan pakej hosting & beli nama website (domain) barulah anda upload di hosting yang dapat di akses oleh pelanggan.

Cara Buat Website Ecommerce 2: Platform Pembayaran Third Party Onpay.my

Platform Pembayaran ni penting untuk anda yang memang betul betul baru mula dengan Website Ecommerce. Onpay.my juga merupakan salah satu cara untuk anda tahu cara bina website ecommerce dengan mudah. Kerana Onpay.my lengkap dengan borang pembayaran, ruang menguruskan order customer, platform integrasi dengan postage, selain, anda boleh juga bina web jualan ringkas. Jualan 1 juta pertama saya masih gunakan platform Onpay.my ini.

Cara Buat Website Ecommerce dengan Onpay.my
Ini jika anda gunakan pengurusan order menggunakan onpay.my

Jadi, anda ada pilihan samada nak buat website jualan drag and drop gunakan mobirise.com kemudian untuk borang tempahan anda gunakan onpay.my. Ataupun, anda nak gunakan dari web jualan sehingga lah ke borang tempahan di onpay.my pun tiada masalah.

Cuma untuk Onpay.my tiada fungsi drag & drop. Anda hanya boleh masukkan text & gambar sahaja untuk buat website jualan. Untuk nampakkan website itu kemas dan cantik semestilah anda boleh gunakan website builder dimana ada susunan gambar, header, icon list, pricing table dimana semua ni ada template drag & drop.

Jadi method saya, saya gunakan dua dua iaitu Mobirise sebagai website jualan yang menulis segala info produk sehinggalah ke harga. Dan Onpay.my untuk borang tempahan, selepas customer baca info produk di website jualan tadi, boleh menempah pakej dan buat pembayaran dengan mudah.

Cara Buat Website Ecommerce 3: Bina Website dengan WordPress

Ini platform yang saya gunakan sekarang iaitu gunakan WordPress. Merupakan Cara Buat Website Ecommerce paling famous yang patut anda pelajari. 2/3 Website di dunia ini adalah menggunakan wordpress. Mungkin, disebabkan ada fungsi fungsi yang lebih banyak pada plugin.

Semua website saya samada di lernify.com, onkelas.com, baitultaaruf.com, dll dan artikel yang anda baca ni pun gunakan WordPress. Saya suka WordPress ini sebab boleh install plugin. Dimana komponen yang anda nak pasang ikut sistem dan keperluan anda mahukan. Jika anda lihat senarai produk dibawah, saya gunakan plugin woocommerce ni membolehkan untuk kita upload produk, letak harga, seterusnya customer boleh klik untuk buat pembelian.

Antara jualan 6 angka di website saya lernify.com dengan platform wordpress je

Contoh fungsi yang anda boleh pasang jika anda gunakan platform wordpress adalah woocommerce, untuk jadikan website ini pun membolehkan customer membuat tempahan dan pembayaran. Menariknya, wordpress ni, dah ada ekosistem yang banyak dimana, jika anda nak bina web LMS (learning management system) anda boleh install plugin LMS. Jika nak pasang sistem agen, anda boleh pasang plugin conditional pricing, roles, dan lain lain. Jika nak pasang sistem ecommerce, boleh install plugin woocommerce. Sama juga di website saya, nak ada fungsi membership, saya pasang plugin Ar Members. Jadi, membership yang langgan lernify berbayar sahaja dapat akses.

Dan ekosistem ini saling ber integrasi, sebagai contoh, customer buat tempahan, automatik order tadi akan di hantar ke portal pengeposan, jadi anda tak perlu key in data, hanya tinggal print label postage sahaja. Mudah kan?

Kelebihan lain buat website ecommerce dengan wordpress, anda pasang di hosting & domain anda sendiri. Jadi anda tak terikat dengan bayaran bulanan yang tinggi seperti yang disediakan oleh platform platform lain. Cuma, kefahaman teknikal agak diperlukan, lagi lagi jika anda merupakan ‘big spender’ run ads yang melebihi RM3K sehari. Semestinya, kapasiti hosting anda bersesuaian dengan berapa banyak traffik yang bakal masuk untuk buat pembelian di website anda nanti.

Cara Buat Website Ecommerce 4: Install Website Ecommerce di Hosting VPS (Virtual Private Server)

Dahulu, client yang nak buat website Ecommerce, saya akan install pada shared hosting. Namun, ada beberapa kekangan bila, client spend Facebook ads dengan budget yang besar. Rata ratanya mereka spend ads RM1K – RM5K sehari. Bayangkan berapa banyak trafik masuk dalam website ecommerce tersebut. Pada masa ini, website yang kapasiti shared hosting yang kecil, tak dapat tampung jumlah pelawat pelanggan yang tinggi. Menyebabkan website ecommerce ‘breakdown’ iaitu tak berfungsi disebabkan hosting tak dapat tampung.

Bayangkan sehari 20K – 70K trafik masuk ke website. Jadi, sejak itu, saya pasangkan website klien menggunakan cloud hosting yang dinamakan VPS. Nak mudah faham, VPS ni adalah cloud server dan spesifikasi lebih kurang dengan komputer, dimana ada CPU, Ram, Storage SSD, dan lain lain. Cuma VPS ini menggunakan Virtual. Kebaikan, mudah dan scalable. Jika trafik meningkat ke website ecommerce, saya boleh naikkan CPU, RAM, dll. Selain itu, gunakan VPS ini kita tak berkongsi dengan orang lain seperti shared hosting. VPS ni khas untuk website under kita sahaja.

Vps saya gunakan 6vCPU, 15gb RAM

Pastikan Buat Website Ecommerce yang boleh tampung trafik yang tinggi, memang saya akan gunakan VPS. Jangan gunakan shared hosting yang pakej murah. Itu lah punca website jadi perlahan dan lambat. Semestinya customer akan drop. Cuma kelemahannya adalah, anda perlukan kemahiran teknikal untuk setup VPS ini, dan maintain. Nak Maintain daripada serangan bruteforce, optimasi penggunaan, dll.

Sebaiknya untuk yang spend ads besar, nak website ecommerce yang scalable, boleh hire team teknikal yang mahir dengan VPS untuk setupkan untuk anda.

Cara Buat Website Ecommerce 5: Platform Builder Elementor Drag and Drop

Dalam nak tahu cara buat website Ecommerce ini, anda kena tahu cara design website paling mudah. Antara kemudahan platform builder yang ada adalah Elementor, Divi, dan banyak lagi. Saya biasa Elementor sebab ada element yang banyak. Selain saya boleh custom design ikut apa yang kita nak tanpa ada limitasi masa nak buat website ni.

Bina Website Drag and Drop dengan WordPress menggunakan Elementor

Jadi, Website Builder Drag n Drop ini saya akan install plugin Elementor pada website saya. Website menggunakan WordPress sahaja boleh install plugin ini. Page builder drag and drop ni berbeza dengan Software Mobirise, dimana Elementor ini dipasang pada wordpress untuk memboleh kan anda design Buat website secara Drag and Drop. Manakala, Software Mobirise anda hanya perlu install di laptop, boleh drag and drop cuma dan tak ada fungsi install plugin macam wordpress.

Cara Buat Website Ecommerce 6: Pasang Theme Astra

Yang ni jarang jarang share, sebab bila anda pasang website menggunakan platform WordPress. Ada beratus dan beribu plugin dan theme yang anda boleh pasang. Boleh jadi keliru jika anda tak tahu cara buat website Ecommerce dengan betul. Theme ini adalah satu sistem yang anda boleh customize sebagai contoh, anda nak tukar jenis font, nak setting warna tema, nak setting logo, nak setting antaramuka depan, dan lain lain. Lain Theme, lain juga setting customize yang ada.

Cadangan saya, Theme yang support Ecommerce yang paling popular adalah Astra. Dimana theme ini juga ada template Ecommerce yang anda boleh pasang semudah klik jer. Kemudian, tinggal tukar gambar dan text jer. Website saya buat contoh di nashexclusive.com saya buat gunakan template jer. Pun dah hasilkan jualan 6 angka.

Cara buat website Ecommerce
Dah 1.6 Juta pengguna WordPress gunakan Theme Astra.

Theme Astra ni ada yang free, dan berbayar. Semestinya yang free akan ada fungsi terhad. Berbanding yang pro, ada banyak setting anda boleh setting. Sama juga di Malaysia, player Ecommerce kebanyakkan tak lari daripada gunakan theme Astra ini. Anda boleh lihat template Astra disini

Cara Buat Website Ecommerce 7: Pasang Plugin Woocommerce untuk sistem Ecommerce

Plugin Woocommerce ini antara fungsi terpenting jika anda nak tahu cara buat website Ecommerce dengan WordPress. Dengan pasang plugin Woocommerce ni, anda dapat tambah produk di dalam website anda, anda dapat pasang paymet gateway billplz, toyyibpay dimana customer dapat buat pembayaran menggunakan online banking.

Selain itu, Plugin Woocommerce ini juga dah siapkan sistem yang membantu customer untuk buat pembelian dan pembayaran. Jadi flow mudah bila customer nak beli adalah:

Nampak Produk > Klik Button Add to Cart > Dibawah ke Cart Page > Customer boleh teruskan pembayaran atau tambah produk lain > Customer isi detail pelanggan dan buat pembayaran di checkout > Buat pembayaran > Pembayaran berjaya!

Jadi, flow ini adalah standard daripada woocommerce itu sendiri. Cuma jika nak belajar Cara Buat Website Ecommerce cara terbaru, anda mungkin boleh kurangkan flow website anda, untuk kurangkan conversion drop. Contohnya, jika website anda menggunakan website jualan, anda boleh ikut cara buat website ecommerce ini:

Sales page > Checkout page > Buat Pembayaran (Payment Gateway Page) > Pembayaran Berjaya. Manakala, untuk standard Ecommerce tanpa gunakan sales page, anda boleh gunakan cara ini,

Home page @ Collection page > Side Cart Popup > Checkout Page > Buat pembayaran (Payment Gateway) > Pembayaran Berjaya.

Kebaikan lain, sistem Woocommerce ini, antara satu satunya yang anda boleh sambung dengan Apps. Seperti gambar dibawah ini, anda dapat lihat jualan harian, mingguan, bulanan, dan tahunan. Selain itu anda dapat lihat senarai tempahan, semua ini dipantau gunakan smartphone je!

Gambar dari Apps Woocommerce disambungkan ke Website anda

Baiklah, saya dah ulas panjang tentang cara buat website Ecommerce. Anda boleh belajar secara praktikal, siap template & setting ads, setup VPS. Beratus dah berjaya bina website sendiri dengan sales 4-6 angka!

Klik disini: https://onkelas.com/web/panduan-web

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top