training, course, learning and development

Blueprint Conversion Ads

Saya Share blueprint conversion ads ni, tak boleh nak bulan bintang. Sebab iklan Conversion Ads kena split test, berbeza ikut niche bisnes.. Kena tunggu beberapa hari untuk baca data. Dan ikut jugak Adset Conversion Ads mana yang menjadi.. Ada je yang bawah bawah tu tak ada result lagi..

1. Conversion Ads Kena buat split test..

Buat conversion ads ni, pecahkan adset banyak2 terus..Dalam targeting DT ni, tak ada proven result.. Tak ada pun, Kalau guna interest ni result kompem boom.. Cuma untuk elak buang masa, bakar sikit banyak banyak untuk permulaan.. Tak mengapa pun kalau permulaan ni rugi sikit, tapi dapat baca result.. Mana okay, mana tak okay..

Panduan Conversion Ads
Dari gambar ni jerr, ada 200 Adset dari berbeza iklan tau.. 1 Campaign dalam 50 Adset saya buat

 Yang okay tu maintain, tak okay, off suis ads kat tepi tu.. Nampak tak suiz biru tu? Klik je, nanti ke kiri lah dia untuk off. 

2. First run Conversion Ads buat terus 50 adset berbeza audiens..

Bina 1 kempen conversion ads dahulu. Pecahkan kepada beberapa adset. Satu adset RM10 – RM60.. ikut kapasiti budget perdays. Cuma, Targeting ni bukan la tembak buta..    

3. Kena la kenal target market kelompok yang macam mana..

  • ..apa behaviour mereka..
  • ..brand apa yang similar mereka suka..
  • ..agak2 public figure yang mereka follow
  • ..Apa apa benda yang mereka minat yang mungkin mereka search di Facebook?
  • ..Aktiviti pembelian mereka?
  • ..Sektor industri mana mereka bekerja?
  • ..Rancangan TV yang mereka suka lihat?
  • ..Range umur mereka?

Panduan Conversion AdsTengok gambar ni.. Ada kategori General Interest, Brand, People, Behaviour

4. Baru cari dalam Detailed Targeting..

  • ..Ada yang kita cari tu memang dah siap, browse tinggal klik je
  • ..Ada yang kena search sendiri
  • ..Ada pula yang kita puas search, tapi tak ada

Takpe la, cari je la yang similar yang lain.. Masukkan jerr.. Asingkan adset.. Nanti kita lihat la result macam mana.. Untuk permulaan memang kita takkan tahu apa result dia.. Kena la test.. Mana boleh tanya saya, interest mana yang power.. Kalau saya bagitau pun, mungkin menjadi kat iklan saya.. X menjadi kat iklan2 orang lain.. Benda ni tak boleh copy sebiji2.. Benda ni kena test..

Panduan Facebook Ads
Dah masukkan, Klik suggestion tu, Klik Klik jerr mana yang relevan

5. Nak run Conversion Ads jangan kedekut budget..

Panduan Facebook Ads

Spend Sehari tau.. Kalau baru spend 30 dah merungut, tak tahu nak cakap apa!

Selagi, ada return conversion ads yang baik, besarkan lagi split test.. Cari sampai banyak positif result.. Yang result 0, tu, boleh la off lepas sehari run.. Bila dah run ads dalam beberapa tempoh.. Agak2 yang dah menjadi tu maintain.. Maintain ni bermaksud, tiap hari ada purchase, dan tiap hari jugak maintain return yang baik.. Ada yang ada purchase ROAS dia tinggi, tapi dia lompong lompong.. Harini ada purchase, esok tak ada.. tiba2 lusa banyak pulak.. Kitaran macam tu.. Pun proceed jerr.. Selagi average data kita baca tu, return dia & kos per purchase tu capai target.. 

6. Nak baca average conversion ads tu, setting je kat column belah kanan, atas tu..

  • ..Past 7 days
  • ..Past 14 days
  • ..Past 3 days (ni kena custom pilih tarikh bila sampai bila)Baca jugak data yesterday..

Panduan Facebook AdsDi bahagian Ads manager ni, Klik kat anak panah tu.. Dan boleh pilih nak mana, untuk baca data   

7. Data conversion ads yang kena baca simple jerr.. Cuma kena setting dulu column data ya.. Column > Customize Column..

 Untuk column conversion ads. Search benda ni..

  • Add to cart, tick total (abaikan kalau direct checkout)
  • Initiate checkout, tick total, tick cost
  • Purchase, tick Total, tick Cost, tick Value
  • ROAS tick total

Teknik Facebook Ads

Search Add to Cart, Initiate Checkout, PurchaseLepas tick tu, akan keluar senarai belah kanan.. Untick benda ni..

  • ..Mobile Apps XXX
  • ..Website XXX

Teknik Facebook Ads

Cari Mobile Web, Website, dan On-Facebook, Untick semua  Sebab kita taknak serabut, banyak sangat column nanti kalau tak untick..

8. Dah run ads dalam beberapa tempoh hari. Masa ini lah, kita baru populate Audiens Custom.. Buat Kempen baru..

Masa ini boleh buat Retargeting ads.. Target masa ni dah tak guna DT dah.. Guna dgn audiens yang kita dah ada sepanjang run ads sebelum ini.. Samada

  • ..Retargeting Conversion Purchase
  • ..Retargeting video slideshow (buat guna kompilasi image)
  • ..Dynamic retargeting (jika produk banyak)
  • ..Retargeting with catalog (jika sync dgn Ecommerce Web)
  • ..Collection Retargeting (Ni kalau ads jenis collection, nak fokus 1 kategori produk)
  • ..Retargeting guna single image or video (Paling simple, tapi padu)
  • ..Retargeting with specific CA (Ni nak target certain link, purchase behaviour ATC, IC, or dll)
  • ..Retargeting ber Fasa (Yang setup ads jenis ber funnel, konten, product, follow up)

Teknik Retargeting AdsNi contoh Iklan Retargeting yang Performed! 

9. Audiens yang dah ada selepas beberapa tempoh kita run ads ni..

  • ..Audiens lihat video kita, boleh target semula
  • ..Audiens yang enggage Facebook & IG business
  • ..Audiens yang Pergi ke website kita, product page
  • ..Audiens yang purchasing activiti contoh Add to Cart, Initiate Checkout
  • ..Audiens yang Mesej kita

Banyak tu..

Iklan Retargeting Facebook Ads

Contoh Retargeting Audiens Traffic Exclude Purchase  

10. Tu belum populate Lookalike Audiens pula..

LA 1% pada setiap Custom Audiens diatas..Prefer asing adset setiap LA.. Test jerr.. Lepas hari, jadi maintain.. Xjadi off..

  • LA 2%,
  • LA 3%

Teknik Facebook AdsAudiens LA, Capai ROAS sampai 58. Average 10.. Banyak tu! 

11. Dah Jadi pulak, kalau kos & return dia baik.. Nak scale up, Duplicate jerr..

  • ..Nak duplicate sebiji2 tak ubah apa boleh
  • ..Nak duplicate + Tambah budget boleh
  • ..Nak duplicate Exclude Enggage (Xnak repetition Ads) pun boleh 

Duplicate Facebook AdsNampak tu hasil duplicate sebiji sebijiKalau duplicate sebiji tu maintain result.. jalan.. Kalau tak maintain, off.. Tak salah pun.. Nak split test ni.. Kena rajin lah sikit.. Jangan baru run 1 ads, tak ada result dah mengeluh.. Pergi kelas bayar ribu2 boleh, takkan run ads baru RM15, dah mengeluh.. “..Hmm, tak ada result laa, kecewa la.. sy nak off ads ni..Xnk buat lagi dah..”Jangan la macam tu.. 

12. Macam saya run conversion ads produk digital sendiri, lagi lah, niche yang spesifik, target market yang tertentu, run ads direct purchase, ada je kos per purchase dia mahal.. ada juga yang takde result..

Mana conversion ads ada 100% saya split test, 100% menjadi.. Tapi dalam 100% kita buat tu, ada 20% – 30% yang menjadi, jumpa tune, dan maintain sampai sekarang.. Its okay la, dari kita nak run ads tak jadi, lepas tu buat lagi 1, tak jadi, buat lagi tak jadi.. tanpa slit test.. tu yang makan masa..Macam klien2 pula, kita run produk fashion, kosmetik, target market mungkin lebih besar, tak spesifik kepada sesetengah kelompok audiens shj, Ditambah produk pula ada ciri2 USP & kelebihan tersendiri, buatkan pelanggan first yang lihat pun terasa nak beli lepas ayat iklan pun menarik.. Ditambah dgn harga affordable.. Run ads tak banyak mana pun dah beratus unit terjual.. Pun ada juga yang Adset masih lagi kita split test lagi.. Sebab nak compare result yang okay.. 

13. Yang mana saya share conversion ads tu, nak bagi idea, agar kita sama sama mencuba, dah jadi.. sama sama share.. Kita berkawan & bersahabat sesama usahawan..

 Xsetuju, berjaya kena makan sorang2.. Sebab ramai perlukan kita.. kita kena bantu.. Kita bantu sama sama naik.. Mana yang termampu.. Sebab hidup ni bukan untuk bangga dengan kejayaan-kejayaan kita ada.. Mungkin hari ni saat kita diatas ni, kita bantu orang lain.. Asbab tu, Allah permudahkan segala urusan kita ni..Dan orang yang kita bantu itu, dapat perbaiki kehidupan lebih baik.. Sedikit sebanyak satu amal jariah yang kita buat ini..ada manfaat & impak untuk masyarakat..

  Semoga sama sama dipermudahkan segala urusan =) Sila komen disini & Claim BONUS Template Copywriting Ecommerce

Leave a Comment