Aplikasi untuk Usahawan Ecommerce

4 Aplikasi untuk usahawan Ecommerce di Malaysia

Usahawan zaman sekarang, hampir semua guna aplikasi smartphone untuk menjual & mengurus bisnes. Jika kita lihat 30 tahun dahulu, tiada lagi aplikasi smartphone untuk usahawan Ecommerce. Website pun baru nak bermula gunakan versi web browser. Tiada lagi aplikasi, tiada smartphone secanggih sekarang ini yang boleh urus jualan secara automatik dan 100% online. Hanya buka smartphone, notification tak henti keluar, berdering tanda jualan telah masuk.

Sejarah Ecommerce 15 Tahun lepas

Zaman sekarang ini berbeza segala galanya.. Sejarah bagaimana Ecommerce ini wujud pun mungkin kita dapat lihat masa kita umur 6 – 7 tahun. Dan sekarang umur dah 30 tahun. Sudah banyak bezanya dalam dunia Ecommerce. Ecommerce ini berkait rapat dengan teknologi online sekarang ini.

Namun, bila trend 15 tahun kebelakang pula, Teknologi internet semakin meningkat. Dah mula usahawan Ecommerce muncul. Sebahagian usahawan online telah membangunkan website Ecommerce untuk buat jualan secara online. Namun, tidak 100% mengurus bisnes Ecommerce pada masa itu secara online. Usahawan Ecommerce pada masa itu masih menggunakan kaedah manual tanpa ada sistem lagi. Pembayaran bermula dengan menggunakan ATM dan CDM. Usahawan online akan cek dalam akaun secara manual. Kira pembeli masih lagi memerlukan pergerakkan fizikal untuk seseorang buat pembelian produk secara online masa itu.

Trend Ecommerce di Malaysia Pada Masa Kini

Namun, trend usahawan Ecommerce di Malaysia pula pada 5 tahun kebelakang. Ecommerce di Malaysia semakin meningkat. Ditambah pula kemunculan gergasi Ecommerce seperti Lazada dan Shopee. Membantu juga peningkatan jenama Lokal untuk menggunakan Ecommerce pada masa itu seperti Fashion Valet. Ini kerana peningkatan kemudahan FinTech iaitu payment gateway yang memudahkan pelanggan membuat bayaran secara online banking dalam masa yang sama peniaga dapat urus tempahan tanpa perlu cek akaun manual.

Aplikasi untuk Usahawan Ecommerce
Sumber: Statisca

Zaman sekarang, hampir 90% urusan jual beli, urusan bisnes dengan menggunakan teknologi. Termasuklah urusan melakukan pemasaran, jualan, pembayaran, Website Ecommerce, sistem akaun, dan juga HR. Berikut 3 aplikasi penting jika anda jalankan pemasaran Facebook Ads menggunakakan sistem Ecommerce.

WordPress sebagai Website Pilihan Usahawan Ecommerce

Antara platform CMS, wordpress antara yang paling tinggi Market Share berbanding Drupal, Squarespace, wix, dll. WordPress antara aplikasi untuk usahawan Ecommerce kerana ianya Percuma. WordPress ini dia gunakan lesen GPL. Anda boleh dapat percuma, install sendiri di hosting anda samada menggunakan shared hosting, ataupun VPS.

WordPress Market Share Statistics (2011-2019) - Kinsta
Peningkatan Penggunaan WordPress Market Share

Seperti yang kita tahu, WordPress telah menjangkau 1/3 dari web dunia menggunakan platform CMS (Content Management System) ini. Jika anda masuk dalam ruang admin, anda akan dapat lihat seperti gambar dibawah ini.

Wordpress sebagai Aplikasi untuk usahawan Ecommerce
Rupa Dashboard Admin Wordrpress
  • Post – untuk publish artikel seperti yang anda baca sekarang ini
  • Page – Untuk tambah & manage halaman website anda. Seperti, Homepage, Blog page, About us, Contact. Jika pasang sistem Woocommerce, akan ada tambahan Group Product page, Single Product page, Cart, Checkout, My Account. Jika anda nak tambah page lain pun boleh di bahagian page ini.
  • Comment – Uruskan orang komen di post anda.
  • Appearance – Untuk setting Theme & Paparan web anda seperti Warna, Tulisan. Untuk Theme Ecommerce, anda boleh gunakan theme jenis Astra.
  • Plugin – Untuk pasang sistem dalam website anda. Jika nak pasang sistem Ecommerce, anda boleh install Plugin Woocommerce

Perlu Langgan Hosting & Domain dahulu

Cuma penyediaan WordPress ini anda perlu beli hosting & domain dahulu.

  • Hosting – Tempat anda install wordpress anda
  • Domain – Nama website anda contoh onkelas.com

Kat mana nak dapatkan? Saya cadangkan anda boleh beli pakej hosting & domain di Serverfreak. Sebab bagi saya, Support bagus, cuma pakejnya agak mahal sebab specs dia agak baik. Dengan penggunaan SSD. Semestinya boleh buat website anda laju. Kalau anda lihat trend dibawah ini.

Seperti platform Onkelas ini, juga mengunakan sistem WordPress. Menggunakan Hosting jenis VPS (Virtual Private Server). Saya gunakan VPS dari Vutlr . Harga boleh pilih nak specs macam mana. Saya guna pakej $20 sebulan. Namun untuk web yang tak heavy. Boleh ambil pakej USD5 sebulan. Kos dalam RM20++ sebulan.

Saya suka VPS ni sebab, saya tak berkongsi macam shared hosting. Dan lebih laju. Nak setup pun mudah. Boleh refer disini, Panduan Setup VPS.

Aplikasi WordPress Untuk Usahawan urus Content Artikel/Blog Website

Kemudian, Aplikasi WordPress merupakan Aplikasi untuk usahawan Ecommerce agar memudahkan anda untuk urus konten. Konten merupakan perkara terpenting untuk buatkan website anda dapat traffic dan jumpa di carian Google. Konten yang anda boleh masukkan di website anda termasuk

  1. Konten produk produk anda, orang search nama produk, jumpa website anda di carian Google
  2. Konten Artikel Tips relevan dengan produk anda, semestnya mereka ada masalah tertentu, mereka akan search google, jadi anda boleh share artikel yang fokus untuk selesaikan masalah. Semestinya mereka akan jumpa artikel tips anda di carian google
  3. Konten Blog/Sharing diamana ia mendapat tempat, kenaap blogger-blogger tak jual produk boleh bina income ribu-ribu hingga income puluh ribu sebulan dengan Adsense. Jadi anda sebagai owner bisnes yang menjalankan perniagaan cara Ecommerce, anda perlu perbanyak konten, dimana anda boleh dapatkan pelanggan secara organik, dan berpotensi menjadi pelanggan anda! Konten ini mestilah berbentuk sharing, pengalaman anda, testimonial sebenar, case study, dan banyak lagi
  4. Konten FREE seperti anda berikan ebook percuma, tips tips yang premium, tetapi anda berikan percuma. Cara ini lebih kepada langganan newsletter. Orang yang langgan email anda sahaja akan dapat update tentang topik terkini. Ini juga boleh berikan reputasi anda, orang search google, nampak website anda, kemudian mereka isi borang untuk langgan newsletter percuma. Saya suka gunakan platform MailPoet untuk strategi email marketing ini kerana boleh urus menggunakan platform WordPress itu sendiri.

Untuk anda buatkan website anda ada konten sentiasa up to date, anda perlu install Aplikasi WordPress di smartphone anda. Agar mudah nak urus artikel seterusnya artikel ini akan keluar di carian Google Anda boleh download aplikasi WordPress ini di smartphone anda. Dengan syarat anda dah ada website sendiri jenis WordPress.

WordPress Mobile Apps | WordPress.org
Rupa Aplikasi WordPress dalam Smartphone anda

Aplikasi Woocommerce untuk urus Track urus Jualan Ecommerce dengan Smartphone

Jika anda menjalankan perniaggan secara online kaedah Ecommerce. Aplikasi Woocommerce ini sebagai aplikasi paling popular untuk jadikan anda miliki website Ecommerce anda sendiri. Ini termasuklah anda boleh approve order, lihat senarai pelanggan, produk, serta jualan.

WooCommerce Mobile App for iPhone & Android - Your WooCommerce ...
Woocommerce Apps yang boleh download di Playstore mahupun Apps Store

Malah, setiap tempahan yang masuk, akan keluar notification di smartphone anda order masuk. Tugas anda run ads sahaja. Sistem ini akan uruskan pelanggan untuk menampah produk, membuat tempahan, dan bayar. Untuk menggunakan payment gateway yang sesuai dengan Ecommerce Malaysia ini anda boleh gunakan Stripe ataupun Billplz.

Namun, untuk membolehkan anda gunakan smartphone ini di smartphone anda, anda perlu menggunakan plugin jenis Jetpack di Website WordPress anda.

Facebook Ads Manager sebagai Medium Pemasaran Berbayar

Jika ada platform, namun tiada pelanggan masuk ke website Ecommerce anda tiada guna juga. Jadi anda perlu lakukan pemasaran menggunakan Facebook ads. Dimana, hampir 80% usahawan online di malaysia menggunakan platform Facebook Ads.

Facebook Ads Manager App - Xanjero
Aplikasi Facebook Apps Manager & Ads Manager Versi Android

Seperti Onkelas ini juga, anda lihat performance iklan ini, dengan menggunakan platform ini. Saya setup menggunakan desktop. Cuma aplikasi ini membantu saya untuk track berapa dah spend duit untuk iklan, dan berapa performance jualan Ecommerce saya dapat.

Facebook Page Manager Aplikasi untuk Usahawan Ecommerce

Untuk melakukan pemasaran, anda hanya boleh gunakan Page sahaja. Tidak boleh gunakan Personal Profile. Jadi untuk pantau page anda berapa mesej masuk, untuk publish artikel website anda. Semuanya menggunakan Facebook page.

Using the Facebook Pages Manager App With Your Business Page
Rupa paparan Facebook Page Manager

Disini juga anda boleh urus banyak page melalui Page manager ini. Disini anda boleh

Publish Post & Ayat Iklan
Boost Post
Edit Post
Buat sesi Live
Lihat Mesej pelanggan anda
Lihat peningkatan jumlah Fans & Enggagement.

Anda boleh download Ads Manager ini melalui Apps Store mahupun Playstore.

Jom lihat antara produk Onkelas iaitu cara setup VPS untuk website anda

Leave a Comment